Covid-19 Sabah: Kota Kinabalu kembali catat kes dua angka

Kota Kinabalu: Daerah Kota Kinabalu kembali mencatat kes harian dua angka dengan 11 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding hanya empat kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata turut mencatat peningkatan ketara ialah Tambunan dengan enam kes baharu berbanding sifar kes semalam.

“Pergerakan turun naik kes harian di daerah lain adalah pada skala yang kecil manakala tiada jangkitan baharu dilaporkan di 19 daerah.

“Kedudukan ini sejajar dengan fasa penstabilan yang sedang dilalui negeri ini,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Secara keseluruhan, Masidi berkata jangkitan kes di Sabah menunjukkan peningkatan tiga kes kepada 26 kes baharu hari ini berbanding 23 kes yang direkodkan semalam.

“Kita telah meramalkan pertambahan jumlah jangkitan baharu yang berpunca daripada acara sambutan Aidilfitri dan Kaamatan di seluruh Sabah sepanjang bulan ini.

“Walaupun masih terlalu awal membuat penilaian, setakat ini jumlah pertambahan yang direkodkan adalah pada tahap yang kecil dan terkawal.

“Ini bukti kukuh bahawa pengambilan vaksin oleh sebahagian besar rakyat meningkatkan imuniti tubuh badan mereka daripada risiko jangkitan virus,” katanya.

Beliau berkata, seramai 23 orang daripada 26 pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala dua pesakit dalam Kategori 3 dan seorang pesakit dalam Kategori 4.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 5 Mei 2022
Sabah 26 (23)

Kota Kinabalu 11 (4)
Tambunan 6 (0)
Sandakan 3 (5)
Telupid 2 (0)
Beaufort 1 (0)
Kunak 1 (0)
Papar 1 (0)
Penampang 1 (5)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Lahad Datu 0 (1)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (0)
Ranau 0 (1)
Semporna 0 (1)
Sipitang 0 (0)
Tawau 0 (3)
Tenom 0 (1)
Tongod 0 (0)
Tuaran 0 (2)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 4 Mei 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|