Covid-19 Sabah: Kes turun 99 hari ini

Covid-19 Sabah: Kes turun 99 hari ini

Kota Kinabalu: Sabah hari ini mencatat penurunan jangkitan Covid-19 dengan 165 kes baharu direkodkan, turun 99 kes berbanding 264 kes yang dilaporkan semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata penurunan itu didorong penyusutan kes yang agak besar di beberapa daerah

“Setelah beberapa hari melalui trend peningkatan, Sabah mencatat penurunan sebanyak 99 kes hari ini menjadikan kes harian baharu sebanyak 165 kes sahaja.

“Beberapa daerah menunjukkan penurunan yang agak besar seperti Tuaran turun 34 kes, diikuti Kota Kinabalu (turun 23 kes), Ranau (turun 15 kes) dan Penampang (turun 12 kes).

“Hanya Tawau yang merekodkan peningkatan ketara dengan pertambahan sebanyak 10 kes berbanding semalam,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata daerah lain hanya mencatat perubahan pada kadar satu angka atau kekal seperti catatan semalam.

Katanya, secara keseluruhan sebanyak tujuh daerah mencatat kes dua angka hari ini dengan kes tertinggi di Kota Kinabalu iaitu sebanyak 33 kes.

“Sebanyak 14 daerah lagi mencatat kes satu angka sahaja, manakala enam daerah mencatat sifar kes.

“Seramai 161 orang daripada 165 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala satu kes masing-masing dilaporkan dalam Kategori 3, 4 dan 5,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah

Covid Update 2 Januari 2022
Sabah 165 (264)

Kota Kinabalu 33 (56)
Penampang 19 (31)
Kota Belud 19 (18)
Ranau 17 (32)
Tawau 11 (1)
Papar 10 (15)
Kota Marudu 10 (8)
Tuaran 8 (42)
Keningau 5 (12)
Beaufort 5 (8)
Tambunan 4 (2)
Sandakan 4 (4)
Putatan 4 (13)
Kudat 4 (1)
Kuala Penyu 3 (3)
Lahad Datu 2 (2)
Nabawan 2 (1)
Tenom 2 (0)
Beluran 1 (4)
Telupid 1 (0)
Kinabatangan 1 (3)
Semporna 0 (0)
Kunak 0 (2)
Sipitang 0 (6)
Pitas 0 (0)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 1 Januari 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|