Covid-19 Sabah: Kes naik semula ke tiga angka hari ini

Kota Kinabalu: Selepas mencatat kes dua angka semalam, Sabah hari ini kembali mencatat kes tiga angka dengan 150 kes, naik 85 kes berbanding 65 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata berlaku peningkatan kes baharu di 17 daerah berbanding lapan daerah yang mencatat kes lebih rendah.

“Jumlah daerah yang mencatat kes dua angka juga bertambah daripada satu daerah semalam kepada empat daerah hari ini.

“Hanya empat daerah tidak mencatat sebarang kes baharu hari ini berbanding 10 daerah semalam,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata beberapa daerah merekodkan pertambahan kes baharu yang agak tinggi iaitu Beaufort bertambah 25 kes, diikuti Sandakan bertambah 14 kes, Kota Kinabalu bertambah 12 kes dan Penampang naik sembilan kes.

Katanya, kadar penurunan kes dalam kalangan daerah yang mencatatkan penurunan pula adalah kecil.

“Sebanyak 145 daripada 150 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, diikuti satu kes dalam Kategori 3 dan masing-masing dua kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5,” katanya

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 12 April 2022
Sabah 150 (65)

Kota Kinabalu 28 (16)
Beaufort 25 (0)
Sandakan 18 (4)
Penampang 15 (6)
Telupid 7 (0)
Papar 7 (9)
Tawau 6 (1)
Tuaran 6 (8)
Putatan 6 (0)
Kuala Penyu 5 (2)
Ranau 5 (0)
Tenom 5 (2)
Keningau 3 (0)
Tambunan 2 (2)
Lahad Datu 2 (1)
Kota Marudu 2 (0)
Pitas 2 (3)
Beluran 1 (0)
Kinabatangan 1 (0)
Nabawan 1 (0)
Sipitang 1 (1)
Tongod 1 (0)
Kota Belud 1 (3)
Semporna 0 (1)
Kunak 0 (1)
Kalabakan 0 (1)
Kudat 0 (4)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 11 April 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|