Covid-19 Sabah: Kes naik lagi hari ini

Covid-19 Sabah: Kes naik lagi hari ini

Kota Kinabalu: Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah kembali meningkat kepada 476 kes hari ini selepas mencatat sedikit penurunan semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, jangkitan baharu meningkat sebanyak 30 kes hari ini dengan dearah Sandakan mencatat jumlah kes tertinggi daripada 12 daerah yang merekodkan kes dua angka.

Katanya, daerah Sandakan mencatat sebanyak 93 kes, diikuti Kota Kinabalu (77 kes), Penampang (71 kes), Tuaran (44 kes), Tawau (32 kes) dan Ranau (22 kes).

“Bilangan daerah yang mencatatkan kes dua angka meningkat kepada 12 daerah hari ini berbanding 11 daerah semalam. Hanya tiga daerah yang tidak melaporkan sebarang kes jangkitan baharu,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata, jumlah kes baharu yang berpunca daripada saringan bergejala kekal tinggi dengan seramai 232 orang daripada jumlah keseluruhan 476 pesakit hari ini.

Angka itu, katanya mewakili 48.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini dan lebih tinggi berbanding jumlah kes baharu dalam kalangan kontak rapat iaitu 39.7 peratus.

“Di Sandakan, 58 daripada 93 kes baharu (62.3 peratus) datang daripada saringan bergejala, 33 daripada 77 kes (42.8 peratus) di Kota Kinabalu dan 42 daripada 71 kes (59.1 peratus) di Penampang. Sebanyak 20 kes baharu datang daripada tujuh kluster,” katanya.

Katanya, sebanyak 469 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, empat kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 3 Februari 2022
Sabah 476 (446)

Sandakan 93 (67)
Kota Kinabalu 77 (87)
Penampang 71 (45)
Tuaran 44 (49)
Tawau 32 (42)
Ranau 22 (23)
Semporna 18 (5)
Beaufort 18 (17)
Lahad Datu 17 (18)
Kota Marudu 16 (7)
Putatan 13 (15)
Kota Belud 11 (11)
Papar 9 (29)
Keningau 8 (5)
Kinabatangan 7 (7)
Kunak 6 (3)
Kudat 4 (6)
Tenom 3 (1)
Pitas 2 (0)
Tambunan 1 (4)
Kuala Penyu 1 (1)
Beluran 1 (1)
Telupid 1 (3)
Kalabakan 1 (0)
Nabawan 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tongod 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 2 Februari 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|