PAWE beri peluang warga emas bergiat aktif dalam komuniti

PAWE beri peluang warga emas bergiat aktif dalam komuniti

Kota Kinabalu: Penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) diharap dapat memberi peluang kepada golongan warga emas di negeri ini supaya bergiat aktif dalam komuniti.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan yang dapat dimanfaat golongan warga emas melalui PAWE.

Shahelmey (tengah) bersama Hoong Shyn (tiga dari Kanan), Jais Asri (tiga dari kiri) dan David George (dua dari kiri).

Katanya, ini juga adalah salah satu kaedah bagi memastikan warga emas dapat menjalani kehidupan lebih baik dan cergas.

“Kita menyeru kepada semua ahli-ahli PAWE yang ada di UTC ataupun daerah-daerah yang lain di negeri Sabah untuk mengaktifkan dan melibatkan diri dalam apa juga aktiviti-aktiviti yang dianjurkan agar kekal sihat, aktif dan produktif.

“Saya berharap program-program yang dianjurkan oleh PAWE seperti program keagamaan, rekreasi, terapi dan pemulihan, kursus dan latihan serta ceramah-ceramah akan memberi manfaat yang berguna kepada semua ahli-ahli PAWE,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Sambutan Tahun Baru Cina PAWE UTC di Wisma UTC Kota Kinabalu, dekat sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi PAWE UTC, Wong Hoong Shyn; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah; Jais Asri dan ketua Pengurusan UTC Kota Kinabalu, David George.

Shahelmey dalam pada itu turut berharap PAWE dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada warga emas dalam memastikan kesejahteraan dan pembangunan mereka.

“Saya berharap bahawa semua pengurusan PAWE akan dapat memberi perkhidmatan yang baik kepada ahli masing-masing dan yang paling penting adalah sambutan dan kerjasama daripada ahli-ahli PAWE yang ada,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|