Covid-19 Sabah: Kes harian kembali di bawah 200

Covid-19 Sabah: Kes harian kembali di bawah 200

Kota Kinabalu: Sabah kembali mencatat jangkitan Covid-19 di bawah 200 kes dengan penyusutan 50 kes berbanding semalam kepada 163 kes hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata jumlah kes baharu turun di kebanyakan daerah dengan 16 daerah mencatat kes satu angka.

“Sebanyak tujuh daerah pula tidak mencatat sebarang kes baharu hari ini, manakala hanya empat daerah mencatat kes harian dua angka iaitu Kota Kinabalu (50 kes), Penampang (34 kes), Ranau (20 kes) dan Putatan (13 kes).

Katanya, sebanyak 161 daripada 163 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2 dan masing-masing satu kes dalam Kategori 3 dan 4, manakala tiada pesakit dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 17 Januari 2022
Sabah 163 (213)

Kota Kinabalu 50 (47)
Penampang 34 (18)
Ranau 20 (11)
Putatan 13 (15)
Papar 7 (14)
Keningau 7 (6)
Tuaran 6 (18)
Kota Marudu 5 (6)
Kota Belud 4 (5)
Sandakan 3 (7)
Semporna 2 (0)
Sipitang 2 (1 )
Beaufort 2 (4)
Tawau 2 (11)
Lahad Datu 1 (0)
Kinabatangan 1 (0)
Kunak 1 (0)
Tenom 1 (6)
Kalabakan 1 (0)
Kudat 1 (0)
Tambunan 0 (36)
Kuala Penyu 0 (3)
Beluran 0 (3)
Telupid 0 (1)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (1)
Tongod 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 16 Januari 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|