Covid-19 Sabah: Kes harian Covid-19 terus meningkat

Covid-19 Sabah: Kes harian Covid-19 terus meningkat

Kota Kinabalu: Sabah terus mencatat peningkatan kes harian Covid-19 dengan sebanyak 264 kes baharu hari ini, membabitkan kenaikan 33 kes berbanding 231 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata daerah Kota Kinabalu masih merekodkan catatan kes tertinggi iaitu 56 kes atau hampir satu perlima daripada jumlah kes di Sabah.

Beliau berkata, Kluster Bahtera Kinabalu masih menyumbang kes dengan sebanyak 20 kes baharu lagi direkodkan hari ini.

“Jumlah daerah yang merekodkan peningkatan kes dan penurunan kes agak setara, masing-masing 11 daerah.

“Yang membezakan ialah kadar peningkatan kes baharu di beberapa daerah yang merekodkan pertambahan kes jauh lebih tinggi daripada kadar penurunan kes baharu di daerah yang mana kes harian berkurangan.

“Sebagai misalan, jumlah pertambahan kes baharu di Ranau ialah 23 kes dan di Tuaran 20 kes, sedangkan penurunan yang paling banyak ialah 10 kes di daerah Beaufort,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau yang juga jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah berkata, jumlah kes di lima daerah lagi tidak berubah seperti sebelumnya, manakala enam daerah tidak mencatat sebarang kes baharu hari ini.

Sementara itu, beliau berkata keberkesanan vaksin terbukti melalui statistik kategori pesakit baharu yang majoritinya sudah lengkap divaksin.

Katanya, seramai 257 orang daripada 264 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, seorang dalam Kategori 3 dan 5, manakala dua orang dalam Kategori 4.

“Pesakit Kategori 1 dan 2 hanya sekadar mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid-19 Update 1 Januari 2022
Sabah 264 (231)

Kota Kinabalu 56 (60)
Tuaran 42 (22)
Ranau 32 (9)
Penampang 31 (26)
Kota Belud 18 (19)
Papar 15 (17)
Putatan 13 (8)
Keningau 12 (7)
Kota Marudu 8 (6)
Beaufort 8 (18)
Sipitang 6 (2)
Beluran 4 (2)
Sandakan 4 (5)
Kuala Penyu 3 (10)
Kinabatangan 3 (2)
Tambunan 2 (3)
Lahad Datu 2 (5)
Kunak 2 (0)
Nabawan 1 (0)
Tawau 1 (3)
Kudat 1 (1)
Semporna 0 (0)
Telupid 0 (3)
Pitas 0 (0)
Tenom 0 (3)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 31 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|