Covid-19 Sabah: Kes baharu turun sedikit hari ini

Covid-19 Sabah: Kes baharu turun sedikit hari ini

Kota Kinabalu: Jangkitan Covid-19 di Sabah mencatat penurunan 23 kes kepada 257 kes hari ini berbanding 280 kes yang dilaporkan semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Kota Kinabalu kekal daerah paling tinggi jangkitan dengan 65 kes, bertambah 12 kes berbanding semalam sebanyak 53 kes.

Beliau berkata secara keseluruhan sebanyak lapan daerah merekodkan kes dua angka, 15 daerah mencatat kes satu angka dan empat daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu, hari ini.

“Terdapat 12 daerah mencatat penurunan kes harian dengan dua daerah iaitu Kinabatangan dan Ranau merekodkan pengurangan yang agak baik masing-masing turun 24 kes dan 18 kes berbanding semalam.

“Sembilan daerah lagi mencatatkan peningkatan kes harian dengan tiga daerah menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Tuaran (+22 kes), Kota Kinabalu (+12 kes) dan Sandakan (+10 kes).

“Sebanyak enam daerah pula kekal sebagaimana catatan semalam,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Masidi berkata sebanyak 254 daripada 257 kes yang direkodkan hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala dua kes dalam Kategori 3 dan tiada kes direkodkan dalam Kategori 4 dan 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 13 Januari 2022
Sabah 257 (280)

Kota Kinabalu 65 (53)
Tuaran 33 ( 11)
Sandakan 20 (10)
Penampang 19 (19)
Papar 17 (20)
Ranau 15 (33)
Keningau 14 (15)
Kuala Penyu 11 (11)
Kota Belud 9 (8)
Kota Marudu 8 (17)
Tenom 7 (12)
Beaufort 7 (6)
Tambunan 6 (8)
Tawau 5 (5)
Putatan 5 (7)
Tongod 4 (1)
Kudat 3 (1)
Kinabatangan 2 (26)
Nabawan 2 (0)
Sipitang 2 (6)
Beluran 1 (0)
Kunak 1 (1)
Pitas 1 (3)
Semporna 0 (0)
Telupid 0 (5)
Lahad Datu 0 (2)
Kalabakan 0 (2)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 12 Januari 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|