Covid-19 Sabah: Kes baharu naik mendadak hari ini

Covid-19 Sabah: Kes baharu naik mendadak hari ini

Kota Kinabalu: Kes Covid-19 di Sabah meningkat semula kepada 373 kes hari ini, bertambah sebanyak 106 kes berbanding 267 kes yang dilaporkan semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata peningkatan mendadak hari ini antara lain disebabkan bilangan kontak rapat yang tinggi iaitu 161 kes dan individu bergejala sebanyak 132 kes.

“Ini adalah tanda bahawa jangkitan sudah mula menular dalam komuniti.

“Sebanyak 11 daerah mencatatkan kes harian dua angka hari ini berbanding lapan daerah sahaja semalam.

“Lima daripada daerah terbabit merekodkan jumlah kes baharu yang agak tinggi, iaitu Kota Kinabalu (65 kes), Tawau (54 kes), Penampang (45 kes), Sandakan (45 kes) dan Tuaran (36 kes).

“Hanya empat daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Bagaimanapun, katanya tiada kluster baharu dilaporkan hari ini tetapi lima daripada 17 kluster aktif di Sabah merekodkan 65 kes baharu.

Masidi berkata, Kluster Jalan Sri Balung, Tawau menyumbang kes baharu terbanyak dengan 41 kes, diikuti Kluster Montenior, Beaufort sebanyak 11 kes baharu.

“Sejumlah 365 kes atau hampir 98 peratus daripada 373 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, lima kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 30 Januari 2022
Sabah 373 (267)

Kota Kinabalu 65 (53)
Tawau 54 (22)
Penampang 45 (14)
Sandakan 45 (53)
Tuaran 36 (55)
Beaufort 28 (2)
Putatan 15 (10)
Papar 14 (12)
Ranau 12 (10)
Kota Marudu 12 (4)
Kota Belud 12 (1)
Kuala Penyu 9 (6)
Keningau 4 (0)
Lahad Datu 3 (7)
Kinabatangan 3 (0)
Kunak 3 (0)
Sipitang 3 (0)
Tambunan 2 (2)
Beluran 2 (0)
Tenom 2 (6)
Kudat 2 (7)
Semporna 1 (2)
Tongod 1 (0)
Telupid 0 (0)
Nabawan 0 (1)
Pitas 0 (0)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 29 Januari 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|