Covid-19 Sabah: Kes baharu meningkat semula hari ini

Covid-19 Sabah: Kes baharu meningkat semula hari ini

Kota Kinabalu: Jangkitan baharu Covid-19 di Sabah kembali naik hari ini dengan pertambahan 136 kes kepada 1,352 kes berbanding 1,216 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata sebanyak 15 daerah mencatat peningkatan kes baharu dengan tiga daripadanya merekodkan peningkatan yang ketara.

Katanya, daerah terbabit ialah Kota Kinabalu dengan kenaikan 81 kes, diikuti Tuaran naik sebanyak 31 kes dan Lahad Datu dengan pertambahan 27 kes.

“Pertambahan jumlah kes yang agak banyak di beberapa daerah yang merekodkan kes dua angka semalam adalah isyarat jelas akan berlaku pertambahan kes baharu dalam masa terdekat.

“Peratusan kes sporadik yang tinggi iaitu 60.65 peratus hari ini di 22 daripada 27 daerah di Sabah juga satu petanda negeri ini belum sampai ke fasa stabil dan akan berlaku trend turun-naik secara mendadak jumlah kes harian.

“Hanya 12 daerah mencatatkan penurunan kes harian hari ini,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Masidi berkata, daerah Tuaran kembali mencatatkan kes tiga angka (113 kes) hari ini bersama Kota Kinabalu (365 kes), Penampang (119 kes) dan Papar (111 kes).

Katanya, sebanyak 18 daerah mencatat kes dua angka, manakala lima daerah iaitu Kinabatangan, Kunak, Telupid, Kalabakan dan Semporna mencatat kes satu angka.

“Sebanyak 1,340 atau 99.12 peratus daripada 1,352 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan dua kes lagi dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 9 Mac 2022
Sabah 1,352 (1,216)

Kota Kinabalu 365 (284)
Penampang 119 (137)
Tuaran 113 (82)
Papar 111 (110)
Keningau 64 (75)
Tenom 58 (39)
Sandakan 48 (49)
Beaufort 48 (43)
Tawau 47 (51)
Lahad Datu 39 (12)
Kuala Penyu 38 (27)
Kota Belud 38 (47)
Ranau 36 (17)
Sipitang 36 (32)
Tambunan 33 (34)
Kota Marudu 33 (32)
Putatan 30 (39)
Pitas 18 (15)
Kudat 18 (31)
Beluran 13 (14)
Nabawan 12 (8)
Tongod 12 (0)
Kinabatangan 8 (11)
Kunak 6 (0)
Telupid 4 (23)
Kalabakan 3 (1)
Semporna 2 (3)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 8 Mac 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|