Covid-19 Sabah: Kes baharu kekal dua angka

Covid-19 Sabah: Kes baharu kekal dua angka

Kota Kinabalu: Jangkitan baharu Covid-19 di Sabah hari ini tidak banyak berubah berbanding semalam, masih kekal dua angka dengan 83 kes, naik empat kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata keadaan di semua daerah juga kekal stabil.

“Sebanyak 13 daerah merekodkan pertambahan jumlah jangkitan baharu berbanding sembilan daerah yang mencatatkan penurunan kes.

“Kecuali Kota Kinabalu yang mencatat penurunan 13 kes, tiada perubahan angka yang signifikan di daerah lain, sama ada bertambah atau berkurangan. Lima daerah mencatat jumlah yang sama seperti semalam,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata, dua daerah mencatat kes baharu dua angka hari ini, iaitu Kota Kinabalu sebanyak 13 kes dan Sandakan (10 kes).

Katanya, sebanyak 16 daerah lagi mencatat kes satu angka dengan 13 daripada daerah terbabit mencatat antara satu hingga lima kes baharu, manakala tiada kes baharu di sembilan daerah iaitu Tambunan, Kuala Penyu, Telupid, Sipitang, Pitas, Beaufort, Tongod, Kalabakan dan Putatan.

“Seramai 80 orang daripada 83 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, diikuti dua pesakit dalam Kategori 4 dan seorang pesakit dalam Kategori 5. Tiada pesakit dilaporkan dalam Kategori 3,” katanya.

Sementara itu, beliau mengulangi peringatannya mengenai kadar jangkitan sporadik yang masih tinggi dengan 54.2 peratus direkodkan daripada semua kes baharu hari ini.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 20 April 2022
Sabah 83 (79)

Kota Kinabalu 13 (26)
Sandakan 10 (6)
Penampang 9 (5)
Tawau 8 (4)
Papar 6 (2)
Keningau 5 (2)
Tuaran 5 (5)
Semporna 4 (4)
Kudat 4 (2)
Ranau 3 (1)
Tenom 3 (2)
Beluran 2 (0)
Lahad Datu 2 (1)
Kinabatangan 2 (1)
Kota Marudu 2 (2)
Kunak 2 (0)
Nabawan 2 (0)
Kota Belud 1 (1)
Tambunan 0 (1)
Kuala Penyu 0 (2)
Telupid 0 (2)
Sipitang 0 (1)
Pitas 0 (1)
Beaufort 0 (5)
Tongod 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Putatan 0 (2)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 19 April 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|