Covid-19 Sabah: Keadaan di Sabah bertambah stabil

Kota Kinabalu: Keadaan Covid-19 di Sabah terus bertambah stabil dengan sebanyak 13 daripada 27 daerah di negeri ini tidak mencatat sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata hanya satu daerah iaitu Kota Kinabalu mencatat kes dua angka hari ini, manakala 13 daerah lagi hanya mencatat kes satu angka.

“Walaupun ada tujuh daerah mencatat peningkatan jumlah kes baharu hari ini tetapi pada kadar yang kecil antara satu dan dua kes iaitu di Kota Kinabalu (+2), Penampang (+2), Sandakan (+2), Semporna (+2), Beluran (+2), Kota Marudu (+1) dan Tambunan (+1).

“Kota Kinabalu kekal sebagai daerah yang mencatat kes baharu dua angka,” katanya dalam kenyataan media, petang ini.

Secara keseluruhan, Masidi berkata angka jangkitan baharu terus menurun bagi hari yang ketiga berturut-turut dengan 58 kes hari ini, turun 11 kes berbanding 69 kes yang dilaporkan semalam.

Katanya, seramai 54 orang daripada 58 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, masing-masing seorang pesakit dalam Kategori 3 dan Kategori 5 serta dua pesakit dalam Kategori 4.

Sementara itu, Masidi mengingatkan tanda-tanda penstabilan kes jangkitan virus Covid-19 di Sabah harus dilihat dan dinilai dengan mengambil kira peratusan jangkitan sporadik yang kekal tinggi.

“Hari ini, kadar jangkitan sporadik ialah 62 peratus daripada keseluruhan kes baharu. Peratusan tinggi ini adalah satu peringatan bahawa jumlah jangkitan harian boleh bertukar secara mendadak sekiranya masyarakat lalai mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah:

Covid Update 18 April 2022
Sabah 58 (69)

Kota Kinabalu 22 (20)
Penampang 9 (7)
Papar 5 (6)
Sandakan 4 (2)
Semporna 3 (1)
Ranau 3 (3)
Beluran 2 (0)
Kota Marudu 2 (1)
Tenom 2 (3)
Tuaran 2 (6)
Tambunan 1 (0)
Lahad Datu 1 (2)
Beaufort 1 (1)
Tawau 1 (2)
Kuala Penyu 0 (2)
Telupid 0 (0)
Kinabatangan 0 (1)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Sipitang 0 (2)
Keningau 0 (0)
Pitas 0 (2)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Putatan 0 (4)
Kudat 0 (2)
Kota Belud 0 (2)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 17 April 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|