Majlis Ramah Mesra eratkan KRT Pekan Manggatal dan KRT Taman Perumahan Layang-Layangan

Labuan: Seramai 15 ahli Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Pekan Manggatal, Kota Kinabalu mengadakan lawatan ramah mesra ke Wilayah Persekutuan Labuan selama tiga hari untuk melaksanakan beberapa program, di sini, baru-baru ini.

Antara pengisiannya ialah Program Malam Mesra bersama KRT Taman Perumahan Layang-Layangan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Labuan.

Mazidi Rosli (kanan) menerima cenderamata daripada Josep Chong.

Program itu bertujuan mengeratkan silaturahim KRT dari Sabah dengan KRT di Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah JPNIN Labuan, Suriani Yussop; Pengerusi KRT Pekan Manggatal, Josep Chong dan Pengerusi KRT Taman Perumahan Layangan, Mazidi Rosli.

Suriani berkata, program seperti itu sangat dialu-alukan untuk KRT bertukar-tukar pendapat dan mengenal erti perpaduan.

“JPNIN amat mengalu-alukan program yang menjurus ke arah pemantapan perpaduan kaum.

“Pada masa sama, penduduk tempatan boleh mempromosikan produk pelancongan kepada rakan mereka,” katanya.

Pada program itu juga, KRT Taman Perumahan Layangan menyediakan makanan tradisi etnik Kedayan iaitu Bubur Banging untuk dinikmati tetamu dan warga KRT yang hadir.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|