Covid-19 Sabah: Jangkitan baharu turun 586 kes hari ini

Covid-19 Sabah: Jangkitan baharu turun 586 kes hari ini

Kota Kinabalu: Jangkitan Covid-19 di Sabah kembali turun dengan pengurangan sebanyak 586 kes kepada 2,131 kes hari ini berbanding 2,717 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, bagaimanapun berkata peratusan jangkitan sporadik hari ini masih tinggi dengan 69.03 peratus, memberi gambaran masih wujud ancaman penularan yang membimbangkan.

“Kes melalui jangkitan sporadik menjadi penyumbang utama kes baharu hari ini di 25 daripada 27 daerah di Sabah,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Masidi berkata, lima daerah mencatat kes tiga angka hari ini iaitu Kota Kinabalu dengan 677 kes, diikuti Penampang (199 kes), Tuaran (145 kes), Papar (122 kes) dan Kota Belud (100 kes).

Sebanyak 19 daerah lagi katanya, mencatat kes dua angka, manakala tiga daerah iaitu Semporna, Kalabakan dan Kunak masing-masing mencatat kes satu angka.

“Sebanyak 2,118 atau 99.39 peratus daripada 2,131 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, masing-masing enam kes dalam Kategori 3 dan 4, manakala satu kes dalam Kategori 5.

Mengenai PICKids, katanya setakat hari ini Sabah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 55,540 daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun.

Hari ini, katanya sebanyak 231 kes Covid-19 dikenal pasti membabitkan kanak-kanak berumur bawah 11 tahun yang belum divaksin, dengan 129 daripadanya adalah kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin iaitu berumur bawah lima tahun.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 4 Mac 2022
Sabah 2,131 (2,717)

Kota Kinabalu 677 (1,350)
Penampang 199 (184)
Tuaran 145 (131)
Papar 122 (120)
Kota Belud 100 (79)
Tawau 98 (84)
Keningau 97 (113)
Beaufort 94 (108)
Tenom 67 (79)
Tambunan 64 (19)
Sandakan 63 (64)
Kota Marudu 58 (44)
Sipitang 54 (39)
Kuala Penyu 45 (16)
Putatan 36 (62)
Pitas 28 (16)
Kudat 28 (28)
Telupid 23 (2)
Ranau 23 (36)
Tongod 20 (14)
Lahad Datu 19 (56)
Kinabatangan 18 (16)
Beluran 17 (19)
Nabawan 16 (14)
Kalabakan 8 (10)
Semporna 6 (7)
Kunak 6 (7)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 3 Mac 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|