Covid-19 Sabah: Jangkitan baharu susut 223 kes hari ini

Covid-19 Sabah: Jangkitan baharu susut 223 kes hari ini

Kota Kinabalu: Sabah mencatat sebanyak 622 jangkitan baharu hari ini, menyaksikan penyusutan sebanyak 223 kes berbanding 845 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata jumlah yang lebih rendah itu banyak dipengaruhi penyusutan kes baharu di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

Bagaimanapun, katanya peratusan jangkitan sporadik masih tinggi, dengan hampir 64 peratus yang bermakna risiko jangkitan kekal tinggi khususnya di tempat awam.

“Sebanyak 19 daerah mencatat penurunan kes berbanding semalam dengan empat daerah menunjukkan penurunan yang signifikan iaitu Penampang (-47 kes), Tuaran (-39 kes), Kota Kinabalu (-35 kes) dan Tawau (-33 kes).

“Hanya tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes dan satu daerah kekal sebagaimana catatan kes semalam,” katanya.

Secara keseluruhan, katanya statistik hari ini memperlihatkan kedudukan yang semakin stabil dengan 13 daerah mencatat kes satu angka dan hanya satu daerah mencatat kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu (192 kes), manakala sebanyak 13 daerah lagi mencatat kes dua angka.

Katanya, sebanyak 612 atau 98.39 peratus daripada 622 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti masing-masing dua kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4 serta enam kes dalam Kategori 5.

“Satu kluster yang melibatkan institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Gudon di Kota Kinabalu diisytiharkan tamat hari ini. Berikutan itu, jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 25 kluster,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 14 Mac 2022
Sabah 622 (845)

Kota Kinabalu 192 (227)
Penampang 58 (105)
Papar 53 (82)
Beaufort 47 (20)
Tuaran 42 (81)
Sandakan 34 (37)
Tenom 23 (24)
Putatan 22 (21)
Kuala Penyu 21 (12)
Kota Belud 20 (18)
Sipitang 18 (18)
Keningau 16 (37)
Kota Marudu 11 (19)
Ranau 10 (21)
Kinabatangan 7 (10)
Kudat 7 (10)
Tambunan 6 (23)
Telupid 6 (0)
Lahad Datu 6 (14)
Tawau 6 (39)
Pitas 4 (5)
Beluran 3 (2)
Kalabakan 3 (5)
Kunak 2 (7)
Nabawan 2 (5)
Tongod 2 (1)
Semporna 1 (2)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 13 Mac 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|