Covid-19 Sabah: Jangkitan baharu bertambah lapan kes lagi

Kota Kinabalu: Jangkitan baharu Covid-19 di Sabah bertambah lapan kes lagi, menjadikan 158 kes baharu hari ini berbanding 150 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata jumlah daerah yang mencatat kes dua angka bagaimanapun kekal empat.

“Kota Kinabalu mencatat kes baharu tertinggi dengan 42 kes iaitu bertambah 14 kes, diikuti Sandakan (24 kes), Papar (15 kes) dan Penampang sebanyak 13 kes.

“Sebanyak 18 daerah mencatat kes satu angka yang mana 14 daripada daerah terbabit merekodkan kes baharu kurang daripada lima kes.

“Sebanyak lima daerah lagi tidak mencatat sebarang kes baharu pada hari ini,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Masidi berkata, peratusan jangkitan sporadik juga kekal tinggi iaitu hampir 65 peratus yang bermakna risiko jangkitan masih tinggi khususnya di tempat awam yang sesak dengan orang ramai.

“Masyarakat adalah diminta agar sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa khususnya ketika mengunjungi gerai Ramadan yang penuh sesak,” katanya.

Katanya, seramai 149 orang daripada 158 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, diikuti lima orang dalam Kategori 3, tiga orang dalam Kategori 4 dan seorang pesakit dalam Kategori 5.

Senentara itu, katanya satu lagi kluster Covid-19 ditamatkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Tolokoson Kem 2 di Tenom, menjadikan hanya satu lagi kluster masih aktif di Sabah ketika ini.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 13 April 2022
Sabah 158 (150)

Kota Kinabalu 42 (28)
Sandakan 24 (18)
Papar 15 (7)
Penampang 13 (15)
Beaufort 7 (25)
Ranau 6 (5)
Tenom 6 (5)
Tuaran 6 (6)
Tawau 5 (6)
Kuala Penyu 4 (5)
Telupid 4 (7)
Lahad Datu 4 (2)
Kota Belud 4 (1)
Tambunan 3 (2)
Kota Marudu 3 (2)
Kudat 3 (0)
Semporna 2 (0)
Kunak 2 (0)
Keningau 2 (3)
Kinabatangan 1 (1)
Nabawan 1 (1)
Sipitang 1 (1)
Beluran 0 (1)
Pitas 0 (2)
Tongod 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Putatan 0 (6)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 11 April 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|