Covid-19 Sabah: Hanya turun satu kes hari ini

Covid-19 Sabah: Hanya turun satu kes hari ini

Kota Kinabalu: Kes harian Covid-19 di Sabah hanya turun satu kes kepada 198 kes hari ini, berbanding 199 kes yang dilaporkan semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Kota Kinabalu kekal sebagai daerah merekodkan kes baharu tertinggi di Sabah dengan 45 kes.

Bagaimanapun, katanya jumlah itu menunjukkan penurunan 15 kes berbanding 60 kes yang direkodkan semalam.

“Daerah Ranau yang hanya merekodkan empat kes semalam melonjak semula kepada 22 kes baharu, peningkatan 18 kes hari ini.

“Papar juga menambah 13 kes kepada 21 kes hari ini berbanding jumlah sebelumnya.

“Terdapat enam daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu, manakala 15 lagi daerah mencatat kes baharu satu angka sahaja,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata, seramai 195 daripada 198 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, seorang pesakit dalam Kategori 4, manakala tiada pesakit dalam Kategori 3 dan 5.

Staristik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 9 Januari 2021
Sabah 198 (199)

Kota Kinabalu 45 (60)
Tuaran 23 (19)
Ranau 22 (4)
Papar 21 (8)
Kota Belud 17 (15)
Penampang 15 (11)
Keningau 9 (15)
Sipitang 7 (5)
Tenom 7 (8)
Beaufort 6 (9)
Tambunan 5 (3)
Kuala Penyu 5 (4)
Sandakan 4 (5)
Beluran 2 (5)
Lahad Datu 2 (3)
Pitas 2 (0)
Putatan 2 (3)
Kinabatangan 1 (1)
Kota Marudu 1 (4)
Tawau 1 (5)
Kudat 1 (1)
Semporna 0 (0)
Telupid 0 (0)
Kunak 0 (2)
Nabawan 0 (6)
Tongod 0 (3)
Kalabakan 0 (0)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|