Kota Kinabalu: Hanya daerah Kota Kinabalu kekal mencatat kes baharu Covid-19 dua angka dengan 20 kes hari ini, naik lapan kes berbanding 12 kes semalam.
Jumlah itu menjadikan Kota Kinabalu penyumbang utama kes baharu di Sabah yang hari ini mencatat 69 kes, membabitkan kenaikan enam kes berbanding 63 kes yang direkodkan semalam.
Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata baki 18 daerah lagi mencatat kes satu angka dengan 12 daripadanya hanya mencatat satu dan dua kes.
Katanya, lapan daerah lagi tidak mencatat sebarang kes baharu hari ini iaitu Tambunan, Beluran, Telupid, Kunak, Nabawan, Keningau, Tongod dan Kalabakan.
“Jumlah jangkitan baharu dijangka kekal stabil dalam masa terdekat dengan pergerakan turun-naik angka harian dalam lingkungan antara 60 hingga 150 kes.
“Risiko jangkitan sporadik masih tinggi dengan hari ini hampir 58 peratus daripada semua kes baharu adalah melalui jangkitan sporadik,” katanya.
Katanya, seramai 65 orang daripada 69 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, diikuti masing-masing seorang pesakit dalam Kategori 3 dan Kategori 5 serta dua pesakit dalam Kategori 4.
Senentara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, penyambungan semula operasi penerbangan antarabangsa ke Kota Kinabalu juga membawa risiko jangkitan dari luar negara.
Bagaimanapun, katanya risiko itu diharap dapat dikawal menerusi pematuhan protokol kesihatan bagi semua penumpang antarabangsa dan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa.
Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:
Covid Update 17 April 2022
Sabah 69 ( 63 )
Kota Kinabalu 20 (12)
Penampang 7 (7)
Papar 6 (5)
Tuaran 6 (5)
Putatan 4 (7)
Ranau 3 (0)
Tenom 3 (0)
Kuala Penyu 2 (2)
Lahad Datu 2 (2)
Sandakan 2 (6)
Sipitang 2 (0)
Pitas 2 (0)
Tawau 2 (4)
Kudat 2 (2)
Kota Belud 2 (2)
Semporna 1 (2)
Kinabatangan 1 (0)
Kota Marudu 1 (1)
Beaufort 1 (2)
Tambunan 0 (0)
Beluran 0 (0)
Telupid 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Keningau 0 (4)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 16 April 2022
-Deasoka