Covid-19 Sabah: Catatan kes hari ini terendah sejak Januari lalu

Covid-19 Sabah: Catatan kes hari ini terendah sejak Januari lalu

Kota Kinabalu: Sabah mencatat jangkitan baharu Covid-19 yang terendah sejak Januari lalu dengan hanya 106 kes hari ini, turun 66 kes berbanding 172 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata catatan terbaharu itu menggambarkan situasi Covid-19 di Sabah yang secara keseluruhannya semakin baik.

“Hari ini hanya tiga daerah mencatatkan jangkitan baharu dua angka iaitu Kota Kinabalu sebanyak 24 kes, Penampang (19 kes) dan Papar (10 kes).

“Hanya tiga daerah merekodkan pertambahan kes baharu iaitu Penampang yang naik tujuh kes, diikuti Putatan yang mencatat kenaikan tiga kes kepada enam kes hari ini dan Kinabatangan bertambah satu kea kepada tiga kes,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Masidi berkata, secara keseluruhan, sebanyak 17 daerah mencatat kes jangkitan baharu satu angka dengan tujuh daripadanya hanya merekodkan satu kes.

Katanya, baki tujuh lagi daerah tidak mencatat sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Seramai 105 orang atau 99 peratus daripada 106 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, diikuti seorang pesakit dalam Kategori 5, manakala tiada pesakit dalam Kategori 3 dan Kategori 4.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 9 April 2022
Sabah 106 (172)

Kota Kinabalu 24 (57)
Penampang 19 (12)
Papar 10 (10)
Tuaran 8 (8)
Sandakan 7 (12)
Beaufort 6 (6)
Putatan 6 (3)
Sipitang 5 (5)
Tenom 4 (7)
Kinabatangan 3 (2)
Kudat 3 (6)
Lahad Datu 2 (5)
Pitas 2 (2)
Semporna 1 (2)
Beluran 1 (1)
Ranau 1 (2)
Kota Marudu 1 (3)
Tawau 1 (4)
Kalabakan 1 (1)
Kota Belud 1 (2)
Tambunan 0 (5)
Kuala Penyu 0 (5)
Telupid 0 (4)
Kunak 0 (1)
Nabawan 0 (0)
Keningau 0 (4)
Tongod 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 8 April 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|