Covid-19 Sabah: Aktiviti keagamaan cetus Kluster Kayul di Kuala Penyu

Covid-19 Sabah: Aktiviti keagamaan cetus Kluster Kayul di Kuala Penyu

Kota Kinabalu: Satu kluster baharu Covid-19 berkaitan komuniti dikesan di daerah Kuala Penyu hari ini dipercayai berpunca daripada aktiviti keagamaan dalam kalangan ahli keluarga kes indeks.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Kluster Kayul itu tercetus selepas seorang warga tempatan berumur 62 tahun didapati positif selepas menjalani ujian RTK Antigen.

Katanya, kes indeks terbabit mengadakan majlis keagamaan di Kampung Kayul yang dihadiri ahli keluarga termasuk dari kampung berhampiran, baru-baru ini.

“Satu kluster baharu komuniti telah dikesan di daerah Kuala Penyu. Kluster yang diberi nama Kluster Kayul itu tercetus apabila kes indeks iaitu seorang warga negara berumur 62 tahun dikesan positif setelah menjalani ujian RTK Antigen.

“Kes indeks didapati telah mengadakan majlis keagamaan bertempat di Kampung Kayul yang dihadiri oleh ahli keluarga dari Kampung Kayul, Kebunau dan Gorowot.

“Saringan pengesanan ke atas kontak rapat telah dijalankan dan setakat ini mendapati 24 kes lagi termasuk empat kes baharu pada hari ini,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Sementara itu, Masidi berkata kes harian di Sabah kembali meningkat 21 kes lagi hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 265 kes.

Katanya, Kota Kinabalu mencatat kes baharu tertinggi sebanyak 70 kes diikuti daerah Papar dengan 23 kes, Ranau (23 kes), Penampang (19 kes), Tuaran (19 kes) dan Kota Belud (18 kes).

“Secara keseluruhan, 10 daerah mencatat kes dua angka, manakala 11 daerah mencatat kes baharu satu angka dan enam daerah lagi tidak mencatat sebarang kes baharu.

“Daerah Penampang merekodkan jumlah penurunan yang paling besar iaitu berkurang 31 kes,” katanya.

Katanya, sejumlah 261 daripada 265 kes yang direkodkan hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala satu kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut dearah:

Covid Update 15 Januari 2022
Sabah 265 (244)

Kota Kinabalu 70 (44)
Papar 23 (16)
Ranau 23 (27)
Penampang 19 (50)
Tuaran 19 (14)
Kota Belud 18 (19)
Keningau 13 (9)
Putatan 13 (4)
Sandakan 10 (5)
Beaufort 10 (4)
Tawau 8 (6)
Kuala Penyu 6 (9)
Tenom 6 (2)
Lahad Datu 5 (5)
Kota Marudu 5 (7)
Beluran 4 (2)
Sipitang 4 (3)
Tambunan 3 (4)
Tongod 3 (0)
Kudat 2 (1)
Semporna 1 (0)
Telupid 0 (5)
Kinabatangan 0 (2)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (2)
Pitas 0 (3)
Kalabakan 0 (1)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 14 Januari 2022

Kluster Baharu
Kluster Kayul, Kuala Penyu,
25 (+4) (Kluster Komuniti)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|