Covid-19 Sabah: 73 pelajar asrama SMK Sandakan positif Covid-19

Covid-19 Sabah: 73 pelajar asrama SMK Sandakan positif Covid-19

Kota Kinabalu: Satu lagi kluster berkaitan institusi pendidikan dilaporkan di Sabah hari ini membabitkan jangkitan dalam kalangan pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Kluster Jalan Pertukangan itu setakat ini merekodkan 73 kes, termasuk 67 kes yang dilaporkan hari ini.

“Kes indeks adalah seorang pelajar asrama SMK Sandakan, berumur 16 tahun. Kes mula bergejala pada 16 Januari 2022, menjalani ujian pengesanan Covid-19 dan disahkan positif pada hari yang sama.

“Saringan bagi mengesan kontak rapat kes telah dijalankan dan sehingga kini berjaya mengesan 72 lagi kes positif. Kesemua pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2 sahaja dan telah diberikan rawatan yang sesuai,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata, kluster berkenaan mengakibatkan jumlah kes harian Covid-19 di Sabah melonjak ke 242 kes hari ini dengan peningkatan 41 kes berbanding semalam.

Sementara itu, katanya sebanyak enam daerah mencatat kes dua angka dengan Sandakan (74 kes) mendahului daerah lain, diikuti Kota Kinabalu (33 kes) dan Tuaran (23 kes).

“Sebanyak 15 daerah mencatat kes satu angka, manakala enam daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

“Dua daerah mencatatkan peningkatan dua angka iaitu Sandakan bertambah 60 kes dan Kota Belud bertambah 11 kes.

“Hanya satu daerah yang menunjukkan penurunan dua angka iaitu Tuaran yang turun 14 kes hari ini. Sebanyak lapan daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 238 daripada 242 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti tiga kes dalam Kategori 3, tiada kes dalam Kategori 4 dan satu pesakit dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 19 Januari 2022
Sabah 242 (201)

Sandakan 74 (14)
Kota Kinabalu 33 (42)
Tuaran 23 (37)
Penampang 18 (18)
Papar 13 (4)
Kota Belud 12 (1)
Tambunan 7 (12)
Beluran 7 (6)
Keningau 7 (13)
Beaufort 7 (2)
Ranau 6 (10)
Kota Marudu 6 (10)
Sipitang 6 (3)
Tawau 6 (14)
Putatan 5 (0)
Kuala Penyu 4 (4)
Tenom 3 (5)
Lahad Datu 2 (2)
Semporna 1 (0)
Telupid 1 (2)
Kinabatangan 1 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (2)
Kudat 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 18 Januari 2022

-Kluster BaharuKluster Jalan Pertukangan
Sandakan, 73 (+67)
Kluster Institusi Pendidikan

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|