Contohi NGO bantu rakyat terkesan Covid-19

Contohi NGO bantu rakyat terkesan Covid-19

Kota Kinabalu: Kerajaan amat mengalu-alukan inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) membantu golongan memerlukan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan menyifatkan inisiatif yang dilaksanakan NGO harus dicontohi oleh pihak lain dalam usaha membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

Yakub ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan peralatan sekolah di Kampung Saradan Rampayan Manggatal, Kota Kinabalu.

Beliau memberi contoh inisiatif diambil oleh Kelab Kebajikan Raisul Sabah menyumbang bantuan peralatan sekolah kepada keluarga yang terkesan akibat Covid-19.

“Inisiatif kelab ini memperlihatkan keutuhan semangat dan perpaduan masyarakat yang sentiasa prihatin dengan nasib golongan yang kurang bernasib baik.

“Usaha ini sudah tentu menjadi contoh badan NGO serta syarikat swasta yang lain agar turut sama membantu mereka yang kurang berkemampuan terutama di kawasan ini,” katanya pada majlis penyampaian bantuan peralatan sekolah di Kampung Saradan, Rampayan, Manggatal, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Perbadanan Baitulmal Sabah merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan Raisul, Dr Omar Raisul As-Salam Syah dan Ketua Cawangan UMNO Saradan, Rampayan, Normah Samsuddin.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, NGO bersama syarikat swasta lain perlu tampil dengan usaha serta inisiatif sendiri tanpa perlu menunggu kerajaan melakdanakannya terlebih dahulu.

“NGO perlu lebih peka menjalankan tanggungjawab mereka membantu kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan terutama mereka yang terkesan akibat Covid-19,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|