Centre Point Sabah sambut ulang tahun konsep animasi

Centre Point Sabah sambut ulang tahun konsep animasi

Kota Kinabalu: Sempena meraikan ulang tahun ke-32 Centre Point Sabah (CPS) pada bulan ini, pusat beli belah itu mahu menarik orang ramai yang datang berkunjung mengimbas kembali memori manis menerusi konsep animasi.

Menurut kenyataan CPS, pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk dimenangi oleh pengunjung menerusi ‘Memori Anda, Kisah Kami’ yang dijadikan sebagai moto untuk ulang tahun pada tahun ini.

Jadual program CPS sepanjang Ogos.

“Ia adalah bagi menceritakan kisah pusat beli-belah sebagai klasik abadi yang menghasilkan kenangan pahit manis dan ikatan dengan pelanggannya.

“Hiasan utama pusat beli-belah ini berada di Tingkat 4, Palm Square, yang diilhamkan oleh filem animasi Studio Ghibli. Bahagian pemasaran untuk CPS telah menciptanya semula dengan beberapa pemandangan popular adaptasi dari filem Studio Ghibli dan dipersembahkannya dalam bentuk ‘photobooth’ di mana pengunjung boleh terlibat dalam interaksi sambil mengambil gambar,” kata kenyataan itu.

CPS menyambut ulang tahun ke-32 dengan konsep animasi.

Kata kenyataan itu lagi, pengunjung dapat juga mengambil gambar dengan beberapa arca Watak Studio Ghibli pada Ogos ini.

“Tambahan pula, pengunjung boleh membayangkan diri mereka dalam filem animasi kerana dewan acara Centre Point Sabah di Tingkat 4 Palm Square akan dihiasi dengan pemandangan kafe ramen dan diikuti dengan pokok Sakura di tepi, menjadikannya tempat tersebut
‘instagramable’ terbaharu di pusat membeli-belah itu dan ia menjadi lebih baik dengan hiasan pencahayaan di Palm Square, yang mewujudkan suasana animasi.

“Selain itu, kaunter informasi dan pintu masuk CPS dihiasi dengan tema pemandangan animasi untuk memperingati ulang tahun ke-32 pusat beli-belah itu,” katanya.

Pengunjung boleh bergambar dengan arca Totoro di Tingkat 4, Palm Square.

Sehubungan itu, ia sudah pasti akan menarik minat pembeli untuk meraikan ulang tahun ke-32 bersama orang tersayang sambil membeli-belah di pusat beli-belah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|