Cadangan kenalkan PGM mampu bantu Sabah tangani krisis makanan: Abdul Ghani

Cadangan kenalkan PGM mampu bantu Sabah tangani krisis makanan: Abdul Ghani

Kota Kinabalu: Langkah memperkenalkan Program Gedung Makanan
(PGM) atau ianya sebagai Food Security Negeri Sabah dilihat amat bertepatan di Sabah dalam usaha menangani cabaran kekurangan stok makanan dan ketidakstabilan harga barang di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yasin berkata, cadangan terbabit juga dilihat mampu mengimbang ekosistem dalam industri pertanian yang turut berdepan cabaran masa kini.

“Pertama sekali, mengenai cadangan saya agar
pihak kerajaan menubuhkan PGM.

“Mengapa saya mencadangankan perkara ini kerana apa yang terjadi pada dunia amnya ketika ini termasuk Malaysia dan
khususnya negeri Sabah sendiri, sebenarnya kita sedang berdepan dengan krisis makanan, sehinggakan berlaku
kenaikan harga barangan terutama barang keperluan asas.

“Ditambah pula dengan ketidakseimbangan eksositem dalam industri pertanian mahupun penternakan berasaskan
makanan juga turut berlaku, yang membawa kepada kesan terhadap pengeluaran produk makanan yang menyebabkan ketidakstabilan harga barang dan kekurangan stok makanan, “katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LTKNS) berkata demikian dalam sesi perbahasan di Sidang DUN Sabah, semalam.

Abdul Ghani dalam masa yang sama turut memberi cadangan untuk mewujudkan Food
Security, yang berkonsepkan contract farming dan kaedah
anchor farming boleh dipraktikan untuk memulai program berkenaan

Jelasnya, ia adalah
bagi memastikan tanah-tanah para peneroka yang luas dan
terbiar, begitu juga dengan tanah-tanah rizab kerajaan dan LKTNS boleh dibangunkan dengan sewajarnya.

“Sebagai
contoh aktiviti pertanian berasaskan makanan, adalah dengan mengusahakan tanaman kontan dalam skala yang lebih besar, begitu juga dengan pelaksanaan projek sosio seperti hortikultur, agrikultur dan ternakan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|