Cabut lari tinggalkan rokok seludup

Cabut lari tinggalkan rokok seludup

Lahad Datu: Panik melihat sepasukan anggota Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) menyebabkan seorang lelaki lari meninggalkan motosikal dengan muatan rokok seludup di kawasan semak kebun kelapa sawit Kampung Kenali, di sini, semalam.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, kejadian berlaku pada 3.45 petang ketika empat anggota Batalion 17 PGA Lahad melakukan rondaan jalan kaki.

Motosikal dan kotak besar berisi rokok yang ditinggalkan.

Katanya, anggota kemudian melihat seorang lelaki yang mencurigakan sedang mengangkat sesuatu di kawasan semak di kebun kelapa sawit.

“Ketika dihampiri, suspek bertindak melarikan diri ke arah kebun sawit sebelum menghilangkan diri.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan itu menemui kotak besar berisi rokok dan sebuah motosikal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, jumlah keseluruhan barang rampasan bernilai RM11,000.

“Semua barang rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|