Busana tradisi motif ‘Pua Kumbu’ jadi pilihan graduan dan keluarga dari Sarawak

Busana tradisi motif ‘Pua Kumbu’ jadi pilihan graduan dan keluarga dari Sarawak

Kota Kinabalu: Kehadiran graduan bersama keluarga tersayang sambil memperagakan busana tradisi bermotif unik dan menarik menyerikan lagi Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-24.

Graduan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Roslind Henry, 23, dan keluarganya hadir memakai pakaian tradisi kaum Iban bermotifkan corak ‘Pua Kumbu’.

“Kami memilih mengenakan pakaian baju tradisi ini sebagai satu kebanggaan dan bagi memperlihatkan keunikan pakaian tradisi kaum Iban, Sarawak kepada masyarakat umum.

“Motif corak ‘Pua Kumbu’ ini merupakan corak paling lama berasal dari nenek moyang kami,” katanya ketika ditemui media sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-24, di Dewan Canselor, baru-baru ini.

Roslind yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Seni Visual dengan Kepujian berkata, pakaian tradisi itu turut dipakai untuk keseragaman semasa sesi gambar kenangan bersama keluarga.

“Warna asal pakaian ini sebenarnya adalah berwarna merah, namun keluarga saya telah memodenkan pakaian tersebut kepada warna kuning.

“Warna kuning dipilih kerana ia melambangkan warna kemenangan,” katanya dalam nada gembira.

Untuk rekod, Roslind merupakan antara 4,298 graduan yang diraikan di pentas Dewan Canselor sempena Majlis Konvokesyen UMS itu

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|