Bung Moktar setuju BN rangka strategi baharu untuk PRU-15

Bung Moktar setuju BN rangka strategi baharu untuk PRU-15

Penampang: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin setuju supaya parti itu merangka strategi baharu untuk ditawarkan kepada rakyat Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, banyak perkara boleh dilakukan dan memberi perubahan kepada Sabah jika BN memerintah sepenuhnya.

Bung Moktar ketika berucap pada Majlis Konvensyen BN Sabah di ITCC, Penampang.

“Saya setuju pilihan raya akan datang BN merangka satu strategi baharu, pelan baharu, manifesto baharu dan aku janji baharu kepada rakyat Sabah.

“Di Sabah kita memerintah, kita ubah ekonomi Sabah, keluarkan Sabah dari kemiskinan, rangkaian negeri yang mundur sebab Sabah ini negeri yang berpotensi untuk dibangunkan,” katanya ketika berucap sempena majlis penutupan Konvensyen BN Sabah di ITCC, di sini, hari ini.

Katanya, ini termasuk pelaksanaan semula tawaran baharu berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Banyak perkara dalam MA63 kita kena laksanakan tawaran baharu. Rundingan baharu, sudah kita lawan berpuluh tahun tidak juga boleh selesai.

“Maka pemimpin yang pintar kena cari jalan penyelesaian tetapi oleh kerana ideologi politik terlampau tebal, isu MA63 dijadikan bahan untuk untuk rakyat sokong, salah namanya,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, kerajaan Persekutuan tidak meluluskan pembayaran 40 peratus royalti kerana ia akan menyebabkan Persekutuan muflis.

“Kalau Persekutuan muflis, negeri pun muflis. Tetapi ini orang Sabah MA63, MA63.. Kosong saja dari dulu, kawan-kawan saya mahu lawan MA63 sampai masuk penjara tetapi tidak juga dapat apa-apa,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|