Pemandu hilang kawalan rempuh kereta tepi jalan

Pemandu hilang kawalan rempuh kereta tepi jalan

Sandakan: Ekoran gagal hilang kawalan, sebuah kereta dipandu seorang lelaki merempuh empat kenderaan diletakkan di tepi jalan Buli Sim-Sim berhampiran Restoran Jambatan 88, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Iswara yang dipandu lelaki tempatan berkenaan dari arah luar bandar menghala ke bandar Sandakan.

Manakala katanya, empat buah kenderaan lain yang terlibat sedang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di tepi jalan Buli Sim-Sim dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu.

“Setibanya di tempat kejadian, Proton Iswara berkenaan dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar keempat-empat kenderaan dibahagian belakang.

“Bagaimanapun, pemandu terbabit tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, keempat-empat kenderaan yang terlibat hanya mengalami kerosakan.

“Kes di siasat dibawah R10 LN166/59,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|