Bot bertembung, jurumudi selamat

Bot bertembung, jurumudi selamat

Semporna: Sebuah bot pelancong yang sedang bergerak dipercayai menuju ke jeti pelancongan, di sini, bertembung dengan sebuah lagi bot nelayan, dalam kejadian di perairan daerah ini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, kedua-dua jurumudi bot bagaimanapun terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Pasukan operasi bomba mengalihkan bot nelayan yang hampir karam itu ke kawasan selamat. Pix Ihsan Bomba 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.37 malam.

Katanya, sepasukan empat anggota dan pegawai bersama Bot Kevlar dari Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, bot pelancong tanpa penumpang itu tidak mengalami sebarang kerosakan besar, bagaimanapun bot nelayan pula rosak dan hampir karam.

“Kedua-dua jurumudi bot juga didapati berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba terus bertindak mengalihkan bot karam dan membawa mangsa ke kawasan selamat.

“Pasukan bomba kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.58 malam,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|