Bomba Sabah lakukan pemantauan udara di Gunung Kinabalu

Bomba Sabah lakukan pemantauan udara di Gunung Kinabalu

Kota Kinabalu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah melancarkan operasi pemantauan udara, hari ini, bagi meninjau Gunung Kinabalu sebelum operasi pendakian dijalankan bulan hadapan.

Tinjauan melalui udara di kawasan Gunung Kinabalu.

Program pendakian sempena Explorasi Kinabalu Geopark, Kajian Risiko & Penyelamatan dan Bersamamu Barisan Hadapan oleh JBPM Sabah, PERISMA Kebangsaan serta Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli itu dijadualkan bermula 17 hingga 19 Febuari depan.

Pengarah JBPM Sabah PKPjB Md Ali Ismail berkata, ia adalah sebahagian daripada persiapan terutamanya bagi memastikan program berkenaan akan berjalan dengan lancar.

Keadaan di Gunung Kinabalu melalui tinjauan udara.

Katanya, operasi yang dijadualkan 17 hingga 19 Februari depan itu akan disertai Tim Menteri, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli termasuk barisan kepimpinan tertinggi JBPM, PERISMA, polis, media dan pasukan perubatan.

“Hari ini, kita melakukan tinjauan udara adalah untuk pemantauan kepada pendakian sempena Explorasi Kinabalu Geopark, Kajian Risiko & Penyelamatan dan Bersamamu Barisan Hadapan nanti.

Md Ali bersama pegawai JBPM Sabah ketika melakukan tinjauan udara dari Helikopter Bomba Mi-171 di Gunung Kinabalu.

“Operasi pemantauan hari ini dilancarkan menggunakan Helikopter Mi-171, dari Unit Udara JBPM yang berpangkalan di Miri, Sarawak.

“Alhamdulillah tinjauan melalui udara itu berjalan lancar,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan berkenaan.

Md Ali (empat dari kiri) bersama Farhan (tiga dari kiri) dan pegawai kanan bomba ketika selesai melakukan tinjauan udara di Gunung Kinabalu.

Terdahulu, Md Ali yang mengetuai tinjauan itu bersama Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Farhan Sufyan serta pegawai kanan bomba berlepas dari Terminal 2, Lapangan Terbangan Antarabangsa Kota Kinabalu, kira-kira jam 7 pagi.

Turut serta dalam tinjauan itu, pegawai Taman-Taman Sabah (TTS).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|