BN perlu agresif tarik pengundi atas pagar

BN perlu agresif tarik pengundi atas pagar

Penampang: Barisan Nasional (BN) harus lebih agresif menarik pengundi atas pagar untuk menyokong parti itu supaya kembali memerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengundi atas pagar dinamakan sebagai pengundi kelabu dan ramai

“Mereka memerhati dan membuat penilaian ingin tahu apa parti-parti buat untuk mereka.

“Bagi saya BN perlu agresif dan juga perlu mendekati pelbagai kaedah yang saya sebutkan iaitu dari media sosial untuk pengundi atas pagar atau melalui badan bukan kerajaan (NGO),” katanya pada sidang media selepas berucap pembukaan Majlis Konvensyen BN Sabah, di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, isu semasa termasuk kenaikan harga barang antara perkara yang menjadi perhatian pengundi atas pagar walaupun pelbagai subsidi diberikan.

“Ini adalah perkara utama dan pertama ketika ini untuk memastikan harga barang keperluan, jika kita lihat tulisan di media sosial mereka yang di atas pagar itu amat kecewa tentang perkara ini.

“Orang-orang kita menyatakan subsidi itu, subsidi ini memang betul ada RM73 bilion tetapi apa yang mereka inginkan apabila ke pasar harga barang turun atau tidak, nak cari minyak satu kilogram pun ada atau tidak.

“Jadi saya menyeru kepada kerajaan ia adalah keutamaan kita untuk memastikan inflasi turun, harga barang turun dan berkaitan dengan penurunan kos sara hidup,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|