BN masih releven di Sabah

BN masih releven di Sabah

Kota Belud: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yakin bahawa Barisan Nasional (BN) kekal releven dalam konteks negeri Sabah.

Beliau berkata, usaha untuk mengekalkan UMNO releven di negeri ini telah dilakukan dengan mengolah formula baharu dengan mendapatkan autonomi untuk UMNO Sabah.

Abdul Rahman ketika hadir pada Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN Kota Belud dan Tuaran di Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud.

“Apabila kita kalah pada 2018 kita faham ada perubahan sedikit dari segi lanskap politik negara terutama di Sabah rakyatnya mahu sedikit sebanyak parti politik yang menetapkan agenda tempatan, agenda negeri Sabah sebagai pokok pangkal kepada perjuangan parti tersebut.

“Untuk UMNO Sabah, kita juga berfikiran demikian dan seawal pada Julai 2018 siap saja pemilihan parti ekoran kekalahan kita pada Mei 2018, saya telah berjumpa dengan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi setelah berbincang dengan rakan-rakan di peringkat UMNO Sabah untuk kita mengolah satu formula baharu untuk jadikan UMNO Sabah ini lebih releven.

“Kita faham bahawa tuntutan rakyat Sabah sekarang ini adalah untuk memastikan parti-parti politik ini berakar umbikan kepada Sabah, maka kita telah meminta konsep autonomi UMNO negeri Sabah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Kota Belud dan Tuaran, di Dewan Masyarakat Tun Said, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ketua Bahagian UMNO Tuaran itu berkata, konsep autonomi itu penting bagi menentukan masa hadapan dan hala tuju UMNO di Sabah.

“Kita menentukan hala tuju dengan siapa kita mahu bekerjasama, kita tentukan calon kita, kita tentukan calon ketua menteri, kita tentukan pentadbiran parti kita, kita tentukan pengurusan kita dan akhir sekali tentukan soal disiplin lembaga disiplin kita.

“Apa pun sudut kita lihat, sebenarnya UMNO Sabah adalah sebuah parti tempatan dalam erti kata yang sebenar,” tegasnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|