BBP Atas Air Semporna berjaya tangkap buaya

Semporna: Seekor buaya berjaya ditangkap pasukan bomba di kawasan Jeti Balimbang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, buaya berkenaan dilaporkan berada di kawasan berkenaan oleh orang ramai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.38 petang.

“Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna hadir ke lokasi dan hasil pemeriksaan terdapat seekor buaya di kawasan itu.

“Buaya berkenaan berjaya ditangkap bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah,” katanya.

Jurucakap berkata, tiada mangsa yang terlibat dan operasi ditamatkan pada jam 4.49 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|