Bazar Ramadan jadi tumpuan walaupun hujan

Bazar Ramadan jadi tumpuan walaupun hujan

Kota Kinabalu: Hujan lebat sejak jam 3.50 petang tadi di pusat bandar Kota Kinabalu tidak menghalang orang ramai berkunjung ke Bazar Ramadan Asia City, di sini.

Tinjauan Deasoka.Com mendapati orang ramai sanggup berpayung untuk membeli makanan berbuka puasa di Bazar Ramadan yang menjadi antara lokasi popular dan menjadi tumpuan di ibu negeri setiap kali Ramadan itu.

Keadaan bazar ramadan sekitar Asia City ketika hujan lebat.

Bazar Ramadan Asia City adalah antara 16 lokasi Bazar Ramadan yang dibuka Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sekitar pusat bandar raya dan pekan pinggir bandar bermula semalam hingga 2 Mei depan.

Bazar ramadan Asia City.

Kemeriahan Bazar Ramadan sebagai pusat membeli juadah berbuka puasa kembali dirasai selepas dua tahun aktiviti perniagaan berkenaan ditiadakan berikutan penularan pandemik Covid-19.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|