Bayi baru lahir ditinggalkan di atas gerai makanan

Bayi baru lahir ditinggalkan di atas gerai makanan

Lahad Datu: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di sebuah gerai jualan makanan, di Batu 5, Jalan Tengah Nipah, Kampung Jaya Baru, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, bayi yang dipercayai ditinggalkan terbabit ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, bayi terbabit ditemui seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga pemilik gerai berkenaan.

Katanya, lelaki terbabit terus menghubungi polis dan pihak terus mengerahkan pasukan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Bayi seberat 2.9 kilogram itu ditemui ketika lelaki terbabit baru saja melakukan persiapan membuka gerai miliknya

“Bayi terbabit terus dibawa ke Hospital Lahad Datu menggunakan ambulans untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, kes disoasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana penjaga bertanggungjawab dengan niat hendak membuang bayi berkenaan.

Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sehubungan itu, Rohan Shah berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu ditalian 089-881255.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Marlisa Maedika @ Merdeka ditalian 016-2194554.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|