Banjir makin pulih, hanya 281 mangsa masih berada di 9 PPS

Banjir makin pulih, hanya 281 mangsa masih berada di 9 PPS

Kota Kinabalu: Hanya sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif yang menempatkan 281 mangsa banjir setakat ini manakala selebihnya iaitu 18 PPS di Kota Marudu dan Pitas sudah ditutup sepenuhnya.

Penutupan itu berikutan keadaan banjir di kedua-dua daerah sudah pulih sepenuhnya dan kira-kira 3,000 mangsa banjir kini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berdasarkan laporan semasa Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah setakat jam 5 petang ini, hanya mangsa banjir di Paitan, Telupid dan Sandakan belum dibenarkan pulang.

Jumlah mangsa banjir yang direkodkan masih berada di PPS setakat ini hanya tinggal seramai 281 orang daripada 63 ketua isi rumah (KIR) atau keluarga.

Seramai 54 mangsa membabitkan 10 keluarga masih berada di PPS di Paitan manakala satu PPS di Sandakan masih merekodkan seramai 45 mangsa daripada tujuh keluarga.

Sementara itu, di Telupid, seramai 183 mangsa membabitkan 46 keluarga masih ditempatkan di enam PPS yang dibuka sebelum ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan trend keseluruhan keadaan banjir di Sabah menunjukkan kadar penurunan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|