Banjir lumpur, tanah runtuh di Telipok

Banjir lumpur, tanah runtuh di Telipok

Tuaran: Hujan lebat selama beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Jalan Timbuk Kampung Longkou Baru Telipok, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berlaku tanah runtuh hingga menyebabkan banjir lumpur di kawasan berkenaan, jam 6.22 petang.

Pasukan Bomba menjalankan pemantauan di lokasi kejadian tanah runtuh

Katanya, sepasukan pegawai dan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, tanah runtuh telah menutup sebahagian laluan jalan raya dan jalan hanya boleh dilalui kenderaan kecil.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah meletakkan tanda amaran dibahu jalan,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, kawasan tanah runtuh itu jauh dari kawasan perumahan dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan jam 7.30 malam,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|