Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Tawau

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Tawau

Tawau: Hujan lebat selama hampir dua jam bermula kira-kira jam 3 petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini mengalami banjir kilat.

Kawasan yang terjejas iaitu Taman Capital dan Bulatan Fuji Mart sehingga menyebabkan sebuah kereta jenis kelisa yang di parkir dibahu jalan dihanyutkan arus deras ke dalam parit.

Perodua Kelisa yang dihanyutkan arus deras ke dalam parit.

Ketua Balai Bomba Tawau, Julius John Stephen ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 4.45 petang sebelum menggerakkan 19 pegawai dan anggota serta dua jentera dan EMRS ke lokasi terjejas.

Keadaan beberapa kawasan dilanda banjir kilat di Tawau.

Katanya, bencana banjir melibatkan kawasan Taman Capital dan juga Bulatan Fuji Mart.

“Pada masa sama, bomba juga menerima panggilan satu kes iaitu Perodua Kelisa warna putih hanyut semasa kejadian

“Namun tiada mangsa yang terlibat, keadaan pada masa itu arus deras didapati air melimpah daripada parit di kawasan sekitar,” katanya.

Menurutnya, banjir beransur surut ketika hujan mulai redah namun pasukan bomba terus memantau kawasan berkenaan.

“Sehingga jam 10 malam tiada pusat penempatan sementara (PPS) dibuka kerana keadaan masih terkawal dan air segera beransur surut,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|