Banjir di Sipitang surut sepenuhnya, PPS Dewan Mini Mesapol ditutup

Sipitang: Pusat Penempatan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir di Dewan Mini Mesapol dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) diisytiharkan ditutup sepenuhnya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sipitang berkata, arahan itu dibuat Pengerusi jawatankuasa berkenaan, AK Raimy Pg Abd Rahman.

Anggota operasi membantu mengangkat barang-barang mangsa banjir.

Katanya, hasil tinjauan pihak berkuasa mendapati kawasan terkesan banjir yang melibatkan pemindahan penduduk sudah pulih sepenuhnya.

“Sehubungan itu, semua penduduk yang berpindah ke PPS Dewan Mini Mesapol dihantar pulang ke rumah masing-masing.

Antara mangsa banjir di PPS Dewan Mini Mesapol yang akan dihantar pulang ke rumah masing-masing.

“PPS Dewan Mini Mesapol dan PKOB Banjir Daerah Sipitang ditutup dengan rasmi pada jam 5 petang tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|