Banjir: Bomba bantu bawa jenazah keluar dari lokasi banjir

Banjir: Bomba bantu bawa jenazah keluar dari lokasi banjir

Beluran: Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran membantu mengeluarkan jenazah seorang penduduk susulan keadaan Kampung Rumidi, Batu 8, Sapi Nangoh, di sini, yang ditenggelami air, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.06 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan empat anggota dan pegawai bersama kenderaan pacuan empat roda dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi yang terletak kira-kira 80 kilometer dari BBP Beluran, operasi mengeluarkan jenazah wanita terbabit terus dijalankan.

“Jenazah wanita terbabit seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.48 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|