Banding harga elak ditipu

Banding harga elak ditipu

Kota Kinabalu: Pengguna disaran supaya bijak membanding harga barangan yang tidak dikawal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengelak daripada ditipu.

Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, sebelum membuat pembelian barang, pengguna disaran membandingkan harga di kedai-kedai lain juga.

Katanya, ini bagi mengelak daripada pengguna terpaksa membayar harga yang jauh lebih tinggi jika tidak membuat sebarang perbandingan.

“Dalam kita membuat perbandingan harga, kita perlu juga meneliti kualiti barangan terbabit. Pengguna perlu bijak dan sedar akan hak masing-masing dalam membeli barangan.

“Tindakan sewajarnya akan diambil oleh pihak penguatkuasa sekiranya harga diletakkan oleh peniaga tidak masuk akal,” katanya selepas melawat bazar Ramadan sekitar bandar raya Kota Kinabalu, di sini, semalam.

David turut berkata, persatuan pengguna menerima pelbagai aduan daripada orang ramai berhubung keadaan semasa yang dihadapi pengguna.

“Ini termasuk harga makanan yang dijual di bazar Ramadan agak mahal daripada kebiasaan.

“Selain itu, kita turut terima aduan berhubung bekalan minyak masak jenis paket sukar didapati di pasar raya atau kedai borong sekitar bandar raya ini,” katanya.

Sehubungan itu, David menggesa orang ramai membantu KPDNHEP Sabah dengan melaporkan setiap aduan atau kesalahan di talian 088-484368 (KPDNHEP Kota Kinabalu), WhatsApp 019-2794317 (Aduan Pengguna) atau email e-aduan@kpdnhep.gov.my.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|