Azam Baki terima darjah kebesaran tertinggi Sabah

Azam Baki terima darjah kebesaran tertinggi Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendahului senarai 1,407 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah sempena sambutan Harijadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, esok.

Azam menerima darjah kebesaran tertinggi Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Turut tersenarai menerima SPDK ialah bekas Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Ilyas Ibrahim; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya; bekas Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Seri Lim Haw Kuang dan bekas menteri Kabinet Sabah era Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA), Datuk Mohammad Noor Mansoor.

Datuk Dr Joachim Gunsalam

Sementara itu, seramai 81 orang menerima Pingat Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK), iaitu darjah kebesaran kedua tertinggi Sabah yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah isteri Ketua Menteri, Datin Juliah Salag; Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa; Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Jasnih Daya; Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Flovia Ng; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Mohd Hamsan Awang Supain; Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Andi Muhammad Suryady Bandy dan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Harun Durabi.

Datuk Kadzim M Yahya

Penerima lain PGDK ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam; ADUN Sebatik, Hasan A Gani Pg Amir; ADUN Balung, Hamild Awang; ADUN Pintasan, Fairuz Renddan; ADUN Tempasuk, Mohd Arsad Bistari dan ADUN Dilantik, Jafari Waliam.

Selain itu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah; Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Hamzah Ahmad dan Panglima Keempat Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) Mejar Jeneral Abdul Rahman A Wahab.

Selebihnya ialah, bekas Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Liang Caide; Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Prof Madya Dr Ramzah Dambul.

Turut menerima PGDK ialah Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Sitti Saleha Habib Yussof; Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Tah Nia Jaman; bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr Yap Yin Hin; Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Al-Hambra Tun Juhar dan Setiausaha Politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Senator Noraini Idris.

Dalam pada itu, seramai 131 orang menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 246 menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 319 menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 393 menerima Bintang Kinabalu (BK), sembilan orang penerima Jaksa Pendamai (JP) dan 222 menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|