APM Sabah siap sedia hadapi peralihan MTL

APM Sabah siap sedia hadapi peralihan MTL

Kota Kinabalu: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah sudah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November depan.

APM Sabah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, berkata, mengikut ramalan cuaca, Sabah adalah antara negeri yang menerima taburan hujan pada paras purata antara 100mm hingga 400mm.

APM siap siaga hadapi peralihan Monsun Timur Laut (MTL).

Katanya, peralihan MTL berkenaan dijangka hanya akan berakhir pada sekitar bulan Mac tahun hadapan.  

“Terdapat 30 lokasi atau hotspot banjir melibatkan 667 kawasan yang dikenalpasti di Sabah iaitu Daerah Kecil Paitan mencatatkan kawasan paling banyak dengan 115 kawasan.

“Ia diikuti dengan daerah Beaufort membabitkan 60 kawasan, Kota Marudu 55 dan Kota Kinabalu 53 kawasan,” katanya.

Menurutnya, bagi daerah lain termasuklah Tuaran 37, Tongod 17, Tenom 23, Telupid 26, Sipitang 45, Pitas 23, Penampang 36, Papar 25, Kudat 26, Kuala Penyu 12, Kota Belud 17, Kinabatangan 21, Keningau 11 dan Daerah Kecil Membakut 21 kawasan.

Katanya, beberapa daerah lain yang disenaraikan dengan tidak melebihi 10 kawasan termasuklah Tawau enam, Tambunan dan Putatan masing-masing dua.

“Manakala tiga kawasan pula adalah membabitkan daerah Sandakan, Ranau, Nabawan, Lahad Datu, Kunak, Kalabakan dan Daerah Kecil Tamparuli, sembilan di Daerah Kecil Menumbok dan empat kawassn di Beluran,” katanya.

Sehubungan itu katanya, sebagai persediaan APM Sabah sudah mempersiapkan 41 Bilik Gerakan yang beroperasi selama 24 jam sehari melibatkan sebuah Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON), 27 Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) dan 13 Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU) di seluruh negeri.

Katanya, ia diikuti seramai 3,314 anggota mahir dan terlatih dari segi fizikal dan mental yang akan digerakkan bagi penugasan sepanjang tempoh terbabit.

“Bagi melancarkan operasi menyelamat, APM Sabah turut turut bersiap sedia dengan sejumlah aset yang sudah diselenggara sepenuhnya iaitu 26 Unit Light Rescue Vehicle (LRV), 16 unit masing-masing bagi Medical Rescue Vehicle (MRV) dan Heavy Rescue Vehicle (HRV) serta 111 unit bot pelbagai saiz.

“Kita juga menyediakan 345 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan kapasiti seramai 131,330 individu siap untuk beroperasi,” katanya.

Menurutnya, APM Sabah akan sentiasa memberikan info terkini berkaitan situasi semasa bencana dan berharap orang awam terutamanya penduduk kawasan berisiko berhubung fenomena MTL ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|