Anjing ‘makan’ tuan, seorang parah

Penampang: Dua lelaki termasuk seorang parah selepas dipercayai digigit anjing peliharaannya sendiri dalam kejadian di Taman Putera Pogun, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 20 tahun parah di bahagian tangan manakala seorang lagi berusia 25 tahun cedera ringan di bahagian paha.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 3.49 petang.

Katanya, sepasukan lapan bomba bersama sebuah jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kedua-dua lelaki telah digigit anjing peliharaan dan seorang mangsa parah di bahagian tangan manakala seorang lagi cedera ringan dk paha.

“Kedua mereka kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dihantar ke klinik oleh ibunya untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, dalam masa sama, pasukan bomba menenangkan anjing berkenaan sebelum menangkapnya.

“Selepas berjaya ditangkap, anjing itu diserahkan semula kepada pemiliknya.

“Operasi ditamatkan pada jam 4.42 petang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|