Amaran hujan lebat, ribut petir petang ini

Amaran hujan lebat, ribut petir petang ini

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat, dijangka berlaku di beberapa negeri di seluruh negara sehingga 7 malam ini.

Menerusi laman sesawang Facebook MetMalaysia hari ini, antara negeri terlibat adalah Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran) dan Kudat selain seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

’Sementara Sarawak di Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Manakala Kedah di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di seluruh Pulau Pinang, Perak dan Perlis,” menurut MetMalaysia yang dikeluarkan pada 3.50 petang hari ini.

Di Pahang membabitkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Pekan sementara Selangor di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat selain seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan dijangka hanya mengalami hujan lebat di Jelebu.

-Deasoka

Share

Written by:

1,529 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!