Amaran hujan berterusan peringkat waspada di Sabah hingga 26 Disember – MetMalaysia

Amaran hujan berterusan peringkat waspada di Sabah hingga 26 Disember – MetMalaysia

Kota Kinabalu: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di Sabah bermula 23 hingga 26 Disember ini.

Menerusi laman Facebook MetMalaysia hari ini, jabatan itu memaklumkan bahawa hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa bahagian di negeri ini.

“Antara kawasan yang terlibat ialah di Pedalaman iaitu Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort dan Pantai Barat.

“Selain itu, turut terlibat ialah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan); Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 3 petang tadi.

Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang mahupun dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Sementara itu, amaran hujan berterusan (Buruk) turut dikeluarkan bagi Pahang (Pekan dan Rompin), dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Jumaat, 23 Disember 2022.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|