Alumi UIAM komited berbakti kepada masyarakat

Alumi UIAM komited berbakti kepada masyarakat

Kota Kinabalu: Seramai 30 ahli alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hadir pada majlis makan malam persatuan berkenaan yang diadakan di Hotel Hyatt Regency, di sini, baru-baru ini.

Pengarah Bahagian Perhubungan Alumni, Azrul Shaharudin berkata, makan malam anjuran Bahagian Perhubungan Alumni itu menyaksikan ramai ahli yang hadir dengan semangat yang positif.

Katanya, pihak alumni harus mengembalikan kepada masyarakat segala yang termampu dan terbaik untuk semua.

“Bahagian Perhubungan Alumni berhasrat untuk membantu dan memudahkan apa saja yang perlu dari persatuan untuk masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni UIAM (Bab Sabah) Dr Rafiq Idris berkata, badan berkenaan akan terus menganjurkan program yang berbakti kepada masyarakat.

Katanya, ia salah satu fungsi penubuhan persatuan berkenaan sejak 10 tahun lalu, apabila banyak program yang dianjurkan.

“Daripada pendidikan kepada aktiviti berorientasikan kebajikan sudah dianjurkan di beberapa daerah termasuk kawasan bandar dan luar bandar.

“Saya berharap banyak lagi aktiviti akan dapat dianjurkan tahun ini,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|