Aktiviti riadah hiking bertukar pengalaman buruk

Aktiviti riadah hiking bertukar pengalaman buruk

Kota Belud: Aktiviti riadah tiga sekawan mendaki di Bukit Bongol, di sini, hari ini bertukar pengalaman buruk apabila mereka tersesat untuk mencari jalan pulang.

Bagaimanapun tindakan pantas pasukan bomba melancarkan operasi mencari mangsa berjaya membawa mangsa membabitkan dua wanita dan seorang lelaki keluar dengan selamat.

Pasukan bomba membawa mangsa membabitkan dua wanita dan seorang lelaki keluar dengan selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada jam 10.50 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba terpaksa mendaki bukit sejauh 500 meter untuk tiba dilokasi mangsa.

“Semua mangsa didapati dalam keadaan selamat diiringi turun bukit oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba seterusnya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.25 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|