Pitas: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir di Sungai Bengkoka, Kampung Mangkabusu, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, kanak-kanak lelaki terbabit dikatakan pergi ke sungai berkenaan untuk berkelah bersama keluarganya.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 petang.
Katanya, sepasukan empat anggota dan pegawai bersama pacuan empat roda dikerah bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba terus mendapatkan maklumat terperinci sebelum melakukan operasi mencari dan menyelamat.
“Setakat ini, maklumat sebenar mangsa masih belum dapat diperolehi dan operasi mencari juga sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, setakat ini masih belum ada sebarang petunjuk berhubung lokasi mangsa dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
-Deasoka