Aksi amuk guna kayu, parang sekumpulan lelaki tular di media sosial

Aksi amuk guna kayu, parang sekumpulan lelaki tular di media sosial

Tawau: Satu klip video kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki menggunakan kayu dan parang tular di media sosial sejak malam tadi.

Rakaman video 28 saat itu memaparkan aksi ganas sekumpulan lelaki bergaduh dengan menetak serta melibas parang antara mereka.

Turut tular beberapa keping gambar menunjukkan indivdu cedera dengan berlumuran darah dipercayai terbabit dengan pergaduhan berkenaan.

Kejadian itu berlaku di kawasan penempatan atas air di Batu 4 Jalan Apas, iaitu berhampiran lokasi kejadian kebakaran yang memusnahkan hampir 700 rumah, pada Jumaat lalu.

Tidak dapat dipasti punca kejadian itu berlaku namun rata-rata netizen mendakwa disebabkan jambatan di kawasan berkenaan yang sedang dibaik pulih.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan masih dijalankan.

“Saya akan bagi laporan sidang media selepas siasatan awal selesai,” katanya menerusi kiriman WhatsApp.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|